Maklumat Pendaftaran

Panduan Pendaftaran

Panduan lengkap prosedur pendaftaran peperiksaan STAM bagi Calon Sekolah, Calon Persendirian, dan Calon Mengulang.

Panduan Calon Sekolah

Merujuk kepada SPI Bil. 8 Tahun 2023

Syarat Kelayakan
  • Mempunyai perakuan mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth sekurang-kurangnya 3 tahun (Kurikulum Bersepadu Dini - KBD).
  • DAN Telah menduduki peperiksaan SPM ATAU mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan.
  • DAN Pelajar mestilah berdaftar di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau Sekolah Swasta.
Proses Pendaftaran
  • 1
    Pendaftaran diuruskan sepenuhnya oleh pihak sekolah melalui portal Pendaftaran Peperiksaan KPM.
  • 2
    Calon di bawah Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (SABK) dikecualikan daripada bayaran yuran peperiksaan asas.
  • 3
    Pengesahan pendaftaran akan dilakukan oleh Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (SPP) JPN.

Perhatian: Pendaftaran bagi Calon Sekolah akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Calon atau ibu bapa perlu merujuk kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) Sekolah masing-masing untuk urusan pendaftaran, borang, dan maklumat lanjut.